|
MAHATHIR MOHAMMAD – PENJAJAH BARU PEMUSNAH KEMERDEKAAN
ORANG MELAYU
Dalam satu Lamaweb UMNO (Berita e-UMNO) seorang penulis menulis:
[[…..Ingin
saya peringatkan pesanan yang dalam maknanya oleh Presiden UMNO, Datuk Seri Dr
Mahathir Mohamad: “ Jangan kita fikir sekali merdeka maka selama-lamanya kita akan
merdeka.”
Justeru itu setiap ahli UMNO perlu berganding bahu dan melupakan
hasrat berebut-rebut jawatan. Sebaliknya tumpukan kepada agenda yang lebih besar dan
meneruskan perjuangan yang belum selesai demi kepentingan agama, bangsa dan negara
daripada sebarang kepentingan diri.]]
Komen:
Nampak jelas kepada
kita sekarang bahawa penulis itu (tentunya seorang yang taksub sebagai penjilat
punggong dan propagandis Mahathir) telah terang-terang membogelkan bukan saja
dirinya sendiri semata, tetapi juga bagaimana Presidennya mengindoktrinasi minda
pemimpin dan penyokongnya dalam kelompok UMNO.
Baharu kita faham bahawa
Mahathir, melalui satu amaran palsu bahawa (kununnya) negara ini begitu mudah
dijajah dengan berkata bahawa “Jangan kita fikir sekali merdeka maka
selama-lamanya kita akan merdeka.”
Apa yang dilihat hari ini memang benar.
Negara sudah dijajah, undang-undang dan hak rakyat telah diperkosa. Tetapi soalnya
oleh siapa?
Kita tanya, apa maksudnya Kemerdekaan kepada Mahathir jika hak
rakyat, kebebasan dan keutuhan dn kedaulatan Perlembagaan Negara dan undang-undang
tertakluk kepada perkutakkatikan Mahathir seperti sekarang. Maka jawapan kepada
soalan diatas ialah: PENJAJAH itu adalah Mahathir dan segelintir pemimpin didalam
puak (circle) beliau!!
Kita mahu tanya kepada Mahathir siapakah yang telah
merosakkan kesetabilan politik, mencemarkan etika pentadbiran yang telus,
undang-undang yang mengikut telunjuknya, hingga beliau (Mahathir) sendiri memberi
seribu dalih dan takut-kecut berhadapan dengan rakyat di mahkamah sebagai saksi.
Mahathir
berselindung disebalik pelbagai undang-undang dan akta untuk melindungi kejahatannya
dan kebusukannya. Mahathir telah mencerca ugama Islam, meletakkan ulamak Islam yang
berkata benar jauh dari rakyat, memencilkan masjid dari rakyat, menafikan Keadilan
undang terhadap rakyat dan membolot harta rakyat untuk dirinya sendiri.
Itulah
sikap seorang Diktator dan sekelompok Penjajah yang menjajah rakyat dan tanahair
rakyat.
Mahathir kena ingat bahawa diri “is NOT above the law of the
land”. Jika UMNO mempertimbang, mentakrifkan dan memperakukan karenah dan perilaku
Mahathir sekarang sebagai mempunyai bilai-nilai “Kemerdekaan”; wajar rakyat
menjelaskan kepada UMNO dan pemimpin UMNO bahawa sebenarnya “Mahathir Mohammad
itulah PENJAJAH yang sedang MENIPU dan mempersenda mereka dan seluruh rakyat”.
Dengan itu, jika tidak membuang Mahathir, maka RAKYAT akan menghumban dan
menyingkirkan UMNO dan Barisan Nasional!!
Sesungguhnya, Mahathir Mohammad
sedang menipu dan melakukan “turnover” terhadap minda ahli-ahli UMNO supaya
memikirkan bahawa yang “hitam adalah putih”. Dengan itu, penipuan akan terus
diiktiraf sebagai notion Kebenaran. Tetapi sebaliknya ia adalah PEMBOHONGAN yang
menjijikkan.
Rakyat yang faham erti Kemerdekaan sudah lama menolak UMNO. Dan
UMNO sudah beransur-ansur tertolak bukan saja oleh bukan orang Melayu (penyokong
UMNO) tepai oleh pemimpin bukan Melayu. Boktinya, populariti UMNO/BN sudah meleset
dalam Pilihanraya ke-10. Rakyat akan boktikan UMNO/BN akan dihapuskan dalam
pihanraya ke-11 kelak.
Dengan imbauan supaya “ahli UMNO perlu berganding
bahu dan melupakan hasrat berebut-rebut jawatan”; sebenarnya Mahathir mahu
ahli-ahli UMNO (ie. orang Melayu) supaya BERSATU-PADU dan “mengiktiraf beliau
sebagai DIKTATOR, menolak sebarang pertandingan mengganti beliau; walaupun semua
karenah beliau terang-terang telah memusnahkan kebebasan, kedaulatan, ketuanan, dan
kepteingan orang melayu; kecuali kepntingananak-anak beliau dan segelintir Kroni
belia”.
Bukan setakat itu saja, Mahathir telah mendirikan kelompok kecil
(inner circle) untuk melakukan sebusuk-busuk Rasuah dan Penyelewengan dan melindungi
individu dalam kelompok sekongkolnya melakukan kezaliman, memutarbelitkan
undang-undang untuk melindungi kejahatan mereka terhadap rakyat. Orang Melayu jangan
harap akan dibela oleh kelompok khusus itu.
Rasuah RAFIDAH AZIZ adalah antara
puluhan penyelewengan yang dilindungi oleh Mahathir melalui kerjasama pihak
pentabdir undang-undang.
Para Pemimpin UMNO harus berfikir sendiri dengan
jitu bahawa sesungguhnya anda sekelian tidak mendapat sebarang faedah dan manfaat
sebanyak yang telah dikaut oleh Mahathir dan kuncu-kuncunya. Anda adalah alat yang
dilemahkan dengan gula-gula, tetapi dipergunakan untuk memantapkan kedudukan mereka.
Zuriat
anda adalah orang yang paling malang jika anda tidak merobah nasib anda dengan
berfikir semasak-masak mungkin
Pembangkang hari ini telah mempunyai hala tuju
membela rakyat. Kerana itu, rakyat, khususnya orang Melayu tidak memandang kepada
UMNO dan BN lagi untuk berlindung!!
Amin Sapiro (Ahli UMNO atas Pagar
Berduri) |